Potensi Jalan Pesisir dan Jalan Banang Kedua Majukan Pusa

Jalan Pesisir Sarawak (Sarawak Coastal Road) dan Jalan Banang Kedua (Second Trunk Road)  dijangka akan memberi impak signifikan kepada pembangunan setempat di Daerah Pusa dan Daerah Kecil Maludam.

Jaringan jalan dan jambatan di laluan pesisiran pantai ini akan dapat membuka laluan baharu dan menarik orang luar untuk melawat ke Daerah Pusa.

Penduduk di Daerah Pusa menikmati kemudahan jalan raya yang baik
Jambatan Sungai Rimbas sepanjang 327m menghubungkan Kampung Pusa,Kampung Serabang, Kampung Tuie di tebingan Sungai Rimbas dengan Pekan Pusa

Selain itu, perancangan pembangunan dan ekonomi semakin mudah untuk dirancang oleh kerana laluan ini bakal menjadi antara pilihan utama untuk pengguna jalan raya di seluruh Sarawak.

Sekitar tahun 2000, masyarakat di Daerah Pusa dan Daerah Kecil Maludam mula menerima limpahan pembangunan di mana fasiliti kesihatan dan pendidikan mula bercambah manakala jalan penghubung berturap ke setiap kampung giat dibina.

Semasa tempoh ini, kawasan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) Beladin diwujudkan bagi merancakkan pembangunan setempat manakala stesen bekalan air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) juga telah mula beroperasi dan menamatkan kemarau penduduk yang bergantung kepada sumber air semula jadi.

Pejabat Daerah Pusa memudahkan rakyat berurusan dengan Kerajaan
Kemudahan bank yang terdapat di Pekan Pusa

Perkhidmatan bas hentian swasta dan van penumpang mula diperkenalkan setelah jalan perhubungan berturap siap dibina.

Merujuk Seksyen Perancangan dan Pelaksanaan Projek Daerah, Pejabat Daerah Pusa, sebanyak 14 buah projek pembangunan dengan peruntukan berjumlah RM108,618,361 sedang dan akan dilaksanakan di Daerah Pusa.

Daripada jumlah tersebut, 12 buah projek adalah daripada peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Negeri dan dua (2) projek adalah daripada peruntukan RMKe-12 Persekutuan.

Replika seekor ikan yang terdapat di taman pekan Pusa
Suasana di Pekan Pusa

Antara projek yang dijangka memberi impak yang besar kepada penduduk di Daerah Pusa ialah Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Semarang, Pusa yang kini sedang dalam pelaksanaan.

Pembinaan pengawalan hakisan pantai di Kampung Semarang ini merupakan projek Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Malaysia manakala Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) merupakan agensi pelaksana.

Difahamkan, kawasan pesisir pantai di Daerah Pusa dan Daerah Kecil Maludam ini telah lama mengalami isu hakisan pantai dan telah berlaku secara serius di kawasan Kampung Semarang serta beberapa lokasi lain.

Masalah hakisan ini terbukti apabila sebahagian daripada kawasan penempatan lama dan kubur di Kampung Semarang telah tenggelam akibat peningkatan paras air laut pada setiap tahun.

Selain itu, kejadian ini turut memberi kesan buruk kepada kawasan pertanian penduduk di mana kemasukan air masin telah merosakkan tanaman kebun penduduk tempatan.

Oleh itu, pelaksanaan projek ini dijangka mampu menyelamatkan kawasan penempatan sedia ada yang kini menampung kira-kira 300 buah rumah dan lebih 1,000 orang penduduk.

Projek ini juga pasti akan memberi manfaat besar kepada penduduk yang sedang mengusahakan kebun-kebun mereka.

Pihak Pentadbiran Daerah Pusa berharap supaya projek seumpamanya akan dilaksanakan di beberapa lokasi penempatan besar di Daerah Pusa dan Daerah Kecil Maludam bagi mengurangkan risiko kejadian seumpamanya.

Seterusnya ialah pembesaran Kampung Pusa iaitu projek yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR).

Kampung Pusa merupakan antara penempatan terawal di daerah ini sudah tentu, penempatan di kawasan ini kian padat dan berselerak menyebabkan kerajaan sukar untuk merancang kemudahan asas seperti sistem perparitan, parkir kenderaan dan sebagainya.

Oleh itu, dengan terlaksananya projek ini, ia akan mampu menyediakan kawasan penempatan baharu, lengkap dengan kemudahan asas yang baik dan teratur untuk generasi seterusnya.

Antara lain-lain projek pembangunan yang dilaksanakan di Daerah Pusa boleh dilihat pada jadual yang disediakan di bawah.

spot_img

More from this stream

Recomended

Transformasi Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju dan Akses Air Bersih di Sarawak

Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju Fasa 2 meningkatkan kapasiti air dari 80 MLD ke 200 MLD, menyokong pertumbuhan industri dan ekonomi Sarawak, serta memperluas akses air bersih di luar bandar.

Sarawak Menerajui Sektor Pengeluaran Makanan Secara Mampan

Dana Impak Kelestarian Teknologi Agro Makanan Sarawak (AgriFood Tech Sustainable Impact Fund) yang dilancarkan pada 21 Ogos 2024 menandakan langkah penting wilayah ini membentuk masa depan sektor makanan dan pertanian seterusnya menerajui pengeluaran makanan mampan.

Pengiktirafan UNESCO Menjelang 2026

Sarawak Delta Geopark akan menjadi geopark ketiga di Malaysia yang mendapat pengiktirafan tersebut selepas Langkawi UNESCO Global Geopark di Kedah dan Kinabalu UNESCO Global Geopark di Sabah.

A Sustainable Solution for Rural Poverty in Malaysia

The Agropolitan Program is a rural poverty eradication initiative in Malaysia, enhancing livelihoods through agriculture and infrastructure development, empowering communities to break the poverty cycle and achieve economic self-sufficiency.

RM17 bilion Diperlukan Bagi Menaiktaraf Kemudahan Kesihatan Daif di Sarawak

Sarawak memerlukan peruntukan besar untuk menaiktaraf, membaik pulih dan membina semula kemudahan kesihatan.

292 Projek Di Mukah Dalam Pelaksanaan

Sejumlah 292 buah projek telah dan sedang dilaksanakan di Bahagian Mukah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe-12) dengan 96 projek telah siap.