Laluan Alternatif Baharu Meredakan Trafik ke Pusat Bandar Bintulu

Kesesakan trafik yang sering berlaku di Bandar Bintulu bagi kenderaan yang menuju ke Bandar Bintulu akan sedikit sebanyak dapat dikurangkan dengan siapnya Jalan Penghubung Baharu melibatkan Jalan Johari Sunam ke Jalan Kemena Baharu.

Jalan Penghubung baharu (Jalan Johari Sunam ke Jalan Kemena Baharu Bintulu) ini mula dibuka kepada orang awam pada 4 November 2022 melalui satu Majlis Sila Lalu yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Ashgar Khan.

Majlis Sila Lalu menandakan jalan alternatif ini sudah boleh digunakan

Jalan ini belum lagi dirasmikan tetapi melalui Majlis Sila Lalu, orang ramai dimaklumkan jalan ini sudah sedia untuk digunakan dan dibenarkan menggunakan jalan baharu ini.

Majlis Sila Lalu turut dihadiri Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari

Ia pastinya akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku (sebelum ini) menuju ke Bandar Bintulu melalui Jalan Sibiew dan Persimpangan Batu 6 Jalan Bintulu-Miri selain menjadi laluan alternatif bagi pengguna kenderaan harian yang keluar masuk ke Bandar Bintulu

Gambaran Peta Jalan Johari Sunam ke Jalan Kemena (Jalan Alternatif Baharu)

Dengan adanya jalan baharu ini, diharapkan pengguna jalan raya di Bintulu akan menikmati perjalanan yang lebih lancar, selamat, mudah dan selesa.

Projek bernilai RM70 juta ini dengan jarak keseluruhan 6.7 km dibiayai oleh Kerajaan Sarawak dengan BDA sebagai agensi pelaksana.

Gambaran udara Jalan Johari Sunam ke Jalan Kemena (Jalan Alternatif Baharu)

Projek ini mempunyai dua (2) fasa iaitu fasa 1 (bermula 2 Disember 2019 dan siap pada 26 November 2022) manakala Fasa 2 (bermula pada 1 November 2021 dan siap pada 31 Julai 2022)

Komponen projek merangkumi pembinaan jalan empat (4) lorong, dua (2) hala termasuk laluan motosikal turut dilengkapi lampu isyarat, laluan dan lintasan untuk pejalan kaki.

Jalan ini turut dilengkapi dengan lampu isyarat dan laluan motosikal

Impak besar projek jalan penghubung ini ialah ia dijangka dapat memastikan kelancaran aliran trafik menuju dan keluar dari  kawasan bandar dan dalam masa yang sama menyurai sejumlah besar trafik dari kawasan perumahan berhampiran ke Bandar Bintulu dan juga ke pinggir Bintulu seperti dari Lapangan Terbang Bintulu, Tatau dan juga ke arah Sibu.

Untuk jangka masa panjang, projek ini bakal merangsang pembangunan dengan pembukaan lebih banyak  kawasan baharu di sebelah timur Bandar Bintulu yang juga merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Bandar Bintulu.

spot_img

More from this stream

Recomended

Transformasi Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju dan Akses Air Bersih di Sarawak

Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju Fasa 2 meningkatkan kapasiti air dari 80 MLD ke 200 MLD, menyokong pertumbuhan industri dan ekonomi Sarawak, serta memperluas akses air bersih di luar bandar.

Sarawak Menerajui Sektor Pengeluaran Makanan Secara Mampan

Dana Impak Kelestarian Teknologi Agro Makanan Sarawak (AgriFood Tech Sustainable Impact Fund) yang dilancarkan pada 21 Ogos 2024 menandakan langkah penting wilayah ini membentuk masa depan sektor makanan dan pertanian seterusnya menerajui pengeluaran makanan mampan.

Pengiktirafan UNESCO Menjelang 2026

Sarawak Delta Geopark akan menjadi geopark ketiga di Malaysia yang mendapat pengiktirafan tersebut selepas Langkawi UNESCO Global Geopark di Kedah dan Kinabalu UNESCO Global Geopark di Sabah.

A Sustainable Solution for Rural Poverty in Malaysia

The Agropolitan Program is a rural poverty eradication initiative in Malaysia, enhancing livelihoods through agriculture and infrastructure development, empowering communities to break the poverty cycle and achieve economic self-sufficiency.

RM17 bilion Diperlukan Bagi Menaiktaraf Kemudahan Kesihatan Daif di Sarawak

Sarawak memerlukan peruntukan besar untuk menaiktaraf, membaik pulih dan membina semula kemudahan kesihatan.

292 Projek Di Mukah Dalam Pelaksanaan

Sejumlah 292 buah projek telah dan sedang dilaksanakan di Bahagian Mukah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe-12) dengan 96 projek telah siap.