Bangunan Tambahan Hospital Miri Bersedia Penuhi Keperluan Penduduk Di Wilayah Utara

Bangunan Tambahan Hospital Miri menyediakan perkhidmatan perawatan dan kesihatan untuk memenuhi keperluan penduduk di sekitar Miri mahupun seluruh Wilayah Utara Sarawak termasuk Bahagian Bintulu dan Limbang.

Rancangan pembinaan bangunan tambahan setinggi tujuh (7) tingkat itu diputuskan atas faktor keperluan yang mendesak berikutan peningkatan jumlah populasi di Miri dan seluruh wilayah utara.

RAKAN Sarawak berpeluang melawat ke bangunan berkenaan dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Hospital Miri, Dr Wong Chia Yee.

Timbalan Pengarah Perubatan II, Hospital Miri, Dr Wong Chia Yee

Lawatan diadakan bertujuan untuk meninjau kemudahan yang disediakan dan persiapan pihak pengurusan sebelum hospital tersebut dapat memulakan operasi sepenuhnya. Tinjauan kami mendapati kerja-kerja perapian akhir sedang dijalankan oleh pihak kontraktor.

Kerja-kerja pemindahan beberapa peralatan dan kelengkapan perubatan dari bangunan sedia ada ke bangunan baharu juga sedang dijalankan oleh kakitangan hospital.

Menurut Dr Wong, bangunan tambahan Hospital Miri yang dinamakan Blok B akan menyediakan tiga (3) perkhidmatan baharu yang tidak terdapat di hospital sedia ada, iaitu perkhidmatan Sekolah Dalam Hospital, Wad Kelas Pertama dan Pejabat Polis yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Wad Kelas Pertama adalah satu lagi perkhidmatan tambahan pihak Hospital Miri
Pejabat Polis yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma

Satu lagi keistimewaan yang terdapat di bangunan tersebut ialah penubuhan Unit Pendidikan dan Latihan.

“Unit Pendidikan dan Latihan adalah salah satu kemudahan yang istimewa di sini di mana latihan penggunaan peralatan rawatan dan kursus berkaitan kesihatan oleh institusi kesihatan dan penyedia peralatan perubatan boleh dijalankan berdekatan dengan hospital tanpa perlu ke tempat lain.

Unit Pendidikan dan Latihan merupakan salah satu kemudahan baharu yang ditempatkan di bangunan tambahan Hospital Miri

“Penyediaan kemudahan seperti ini perlu diuatamakan berdasarkan keperluan hospital dan institusi kesihatan yang lain termasuklah penyedia perkhidmatan dan peralatan perubatan untuk sentiasa menjalankan pendidikan dan latihan dalam bidang kesihatan,” jelas beliau.

Unit tersebut mempunyai sebuah bilik seminar yang boleh memuatkan seramai 200 orang untuk satu sesi latihan.

Bangunan tambahan Hospital Miri menyediakan 328 unit katil, 10 wad pesakit dalam, tiga (3) klinik pakar termasuk Obstetrik dan Ginekologi, Unit Rawatan Harian (Pedriatrik dan Pembedahan), enam (6) Wad Bedah termasuk dua (2) Dewan Bedah Materniti dan Dewan Bersalin.

Bangunan tambahan Hospital Miri menawarkan tiga (3) perkhidmatan klinik pakar

Kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) ditempatkan di Tingkat 4 manakala Tingkat 5, 6 dan 7 pula disediakan khusus untuk wad pesakit dalam.

Kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan ialah Unit Patologi, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Farmasi Pandu Lalu.

Tinjaun kami juga mendapati ruang dalaman di sebahagian daripada tingkat bangunan turut dilengkapi dengan tangga gerak (escalator) bagi mengurangkan kesesakan lif dan memudahkan pergerakan.

Dr Wong turut memaklumkan, pihak hospital kini sedang membuat permohonan untuk mendapatkan lapan (8) buah ambulans tambahan untuk meningkatkan perkhidmatan kecemasan.

Ruang ambulans di Jabatan Kecemasan dan Trauma bangunan tambahan juga lebih luas berbanding dengan ruang di hospital sedia ada.

Bangunan tambahan Hospital Miri terletak di belakang bangunan hospital sedia ada di atas tanah seluas 14.53 ekar.

Di kawasan tempat letak kenderaan disediakan 901 parkir kereta termasuk 14 untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 330 parkir motosikal.

Mengenai keperluan untuk membina bangunan tersebut, Dr Wong menjelaskan, cadangan pembinaannya dibuat berdasarkan faktor peningkatan populasi yang dicatatkan setiap tahun di Miri dan juga wilayah utara secara keseluruhannya.

Tambah beliau, Hospital Miri juga menampung keperluan perkhidmatan rawatan untuk kes-kes dari luar kawasan Miri seperti di Bintulu, Limbang dan Lawas yang perlu dirujuk di hospital tersebut.

Oleh yang demikian, pembinaan bangunan tambahan menurut beliau tepat pada masanya dan beliau berharap agar perkhidmatan yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan perubatan dan perawatan yang semakin mendesak.

Bangunan tambahan Hospital Miri dibina bagi menyediakan lebih banyak ruang untuk memenuhi rancangan pengurusan dengan meningkatkan kapasiti katil, kepakaran perubatan, pertambahan kakitangan dan perkhidmatan sokongan bagi memastikan perkhidmatan berupaya menampung keperluan penduduk Miri dan seluruh Wilayah Utara Sarawak.

Pandangan hadapan bangunan tambahan Hospital Miri berketinggian tujuh (7) tingkat

Projek Bangunan Tambahan Hospital Miri dicadangkan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) melalui Peruntukan Pembangunan berjumlah RM340 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerja pembinaan dimulakan pada 25 Jun 2020 dan siap sepenuhnya pada 28 April 2024 dengan kos berjumlah RM289.2 juta.

spot_img

More from this stream

Recomended

Transformasi Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju dan Akses Air Bersih di Sarawak

Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju Fasa 2 meningkatkan kapasiti air dari 80 MLD ke 200 MLD, menyokong pertumbuhan industri dan ekonomi Sarawak, serta memperluas akses air bersih di luar bandar.

Sarawak Menerajui Sektor Pengeluaran Makanan Secara Mampan

Dana Impak Kelestarian Teknologi Agro Makanan Sarawak (AgriFood Tech Sustainable Impact Fund) yang dilancarkan pada 21 Ogos 2024 menandakan langkah penting wilayah ini membentuk masa depan sektor makanan dan pertanian seterusnya menerajui pengeluaran makanan mampan.

Pengiktirafan UNESCO Menjelang 2026

Sarawak Delta Geopark akan menjadi geopark ketiga di Malaysia yang mendapat pengiktirafan tersebut selepas Langkawi UNESCO Global Geopark di Kedah dan Kinabalu UNESCO Global Geopark di Sabah.

A Sustainable Solution for Rural Poverty in Malaysia

The Agropolitan Program is a rural poverty eradication initiative in Malaysia, enhancing livelihoods through agriculture and infrastructure development, empowering communities to break the poverty cycle and achieve economic self-sufficiency.

RM17 bilion Diperlukan Bagi Menaiktaraf Kemudahan Kesihatan Daif di Sarawak

Sarawak memerlukan peruntukan besar untuk menaiktaraf, membaik pulih dan membina semula kemudahan kesihatan.

292 Projek Di Mukah Dalam Pelaksanaan

Sejumlah 292 buah projek telah dan sedang dilaksanakan di Bahagian Mukah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe-12) dengan 96 projek telah siap.